|
Pokok TAGU adalah sejenis pokok balak hutan yang berasal dari India dan merupakan sejenis pokok yang amat berharga masa kini dengan keistimewaannya yang tersendiri. Pokok ini dikenali dengan pelbagai gelaran seperti The Miracle Tree, The Billionaire Tree dan lain-lain nama yang melambangkan keistimewaan serta keuntungan yang bakal diperolehi oleh pengusaha tanaman yang kini dikenali dengan nama TAGU di negara kita Malaysia. Kerana keistimewaannya TAGU mempunyai nilai pasaran dan permintaan yang sangat tinggi melebihi tanaman komersial lain di negara kita seperti kelapa sawit, getah, koko, nenas mahupun padi tidak dapat dibandingkan dengannya. Kayu TAGU boleh didapati di India, Nepal, Thailand, Burma, Indonesia, Bangladesh, Sri Lanka, China, Filipina dan Malaysia. Di Malaysia pokok ini banyak terdapat di selatan tanahair. Dari Nepal sampai Papua New Guinea Island ianya boleh didapati di tepi pantai dengan ketinggian hampir 1500 meter. |
|